I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 25 March 2011

Cara Untuk Memasang Dan Menukar Ram Pada Notebook

saturday, march 26, 2011 | by TuAn MuDA Fiz

Sebenarnya Anda mampu melakukan perkara-perkara seperti membaik pulih barangan komputer,Walaupun anda bukannya juruteknik komputer.Yang penting anda menpunyai minat,dan dari minat itu mendorong anda menjadi sifat ingin tahu tentang cara-cara untuk melakukan perkara-perkara yang berkaitan.Benda ini mudah sebenarnya anda hanya perlu kenali setiap perkasasan(hardware)yang digunakan dan fungsinya.Kalau anda dah tahu basic tentang fungsi setiap hardware komputer perkara ini menjadi mudah bagi anda.

Kali ini Fiz akan berkongsi cara untuk menukar dan memasang Ram(Random Access Memory)pada notebook.Sebelum Fiz mula kan ada posting entri KENALI RAM(Random Access Memory) fungsi RAM sama jer pada desktop.laptop dan notebook.



MSI NOTEBOOK
Notebook ini mengalami kerosakan pada RAM


LANGKAH-LANGKAH

1. Terbalikan notebook anda kerana bahagian Hardware berada di bawah bukannya diatas.

2. Buangkan dulu bateri supaya memudahkan anda untuk membuka casingnya

3. Buka skru casing dengan menggunakan pemutar skru yang sesuai bagi menggelakkan kerosakan pada skru

4. Buka casing mengikut arah yang ditandakan kerana setiap notebook@laptop sudah ditandakan arah untuk membukanya


Ini adalah bahagian yang anda akan nampak setelah membuka casing.


Langkah Seterusnya

1. Jika Motherboard dan Fan(kipas)prosessor berhabuk sebaiknya anda membersihkannya dulu.

2. Perhatikan bahagian yang ada RAM

3. Membuka RAM dengan cara menekan pin kekunci RAM ke arah keluar.Automatik RAM akan terkeluar dengan sendirinya

4.Kalau ada kotoran dan berhabuk pada socket RAM bersihkan dulu

Pastikan jenis RAM yang perlu di tukar dengan melihat label yang ada pada RAM.
RAM seperti gambar diatas adalah RAM jenis DDR2 1gb

Langkah Terakhir

1. Masukkan RAM baru dan pastikan arahnya mengikut pada socket RAM

2. Tekan RAM kebawah dan Automatik kekunci pada socket RAM ada mengunci RAM dengan sendirinya

Pasang semula casing pada notebook anda dan pastikan semuanya telah sempurna
ON kan Notebook .Dan lihatlah hasilnya.Anda akan merasa kepuasannya apabila notebook anda kembali berfungsi dengan hasil usaha anda sendiri.

No comments:

Post a Comment