I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 26 March 2011

Cara-cara nak tambat hati wanita

Bagi lelaki yang merasa dirinya sukar memperoleh perhatian dari seorang wanita, jangan khuatir dan menyesali keadaannya. Bukan bererti anda tidak memiliki daya penarik, tapi kaum wanita lebih tersentuh oleh tindakan nyata dan mungkin anda tidak memilikinya. Maka pelajarilah apa yang membuat wanita merasa kagum dan yakin bahawa anda adalah lelaki yang boleh memahami dirinya.

1. Setibanya di rumah, carilah dia terlebih dahulu sebelum melakukan hal-hal lain dan peluklah dia.

2. Ajukan pertanyaan-pertanyaan khusus mengenai harinya, yg rnenunjukkan keprihatinan anda tentang apa yang dilakukannya, contohnya " bagaimana dengan kerja hari ini?"

3. Berlatih mendengarkan dan mengajukan pertanyaan.

4. Tahan godaan untuk menyelesaikan masalah-masalahnya. Sebaliknya cubalah untuk merasai situasi yang dihadapinya.

5. Berilah dia perhatian penuh selama 20 minit (jangan membaca akhbar atau memperhatikan hal lain selama waktu tersebut)

6. Berikan dia bunga-bunga sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya.

7. Rancang aktiviti bersamanya, jangan menunggu hingga hari Sabtu untuk bertanya padanya apa yang ingin dilakukannya....

8. Ketika dia sibuk, tawarkanlah bantuan kepadanya contohnya menyediakan makan malam, menjaga anak dan sebagainya

9. Pujilah dia atas penampilannya.

10. Hargai perasaan-perasaannya jika ia marah.

11. Sekiranya anda akan pulang lewat, telefonlah dia dan beritahukan padanya.

12. Jika dia meminta bantuan, katakan ya atau tidak tanpa membuatnya merasa bersalah kerana meminta bantuan itu.

13. Jika perasaannya terluka, tunjukkan simpati anda.

14. Apabila berbicara dengannya, letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh kepada dirinya.

15. Kalau sekiranya dia selalu mencuci pakaian, sesekali berikanlah bantuan, terutama jika dia kelihatan penat pada hari itu? atau cari maid jer....

16. Perhatikan bila dia marah atau penat, tanyakan apa yg anda harus lakukannya. Kemudian tawarkan bantuan .

17. Peluklah dia paling kurang empat kali sehari.

18. Telefonlah dia dari pejabat untuk bertanyakan keadaanmya sekurang-kurangnya sekali sehari.

19. Bantunya membereskan tempat tidur dan bersihkan bilik.

20. Tetiap bulan, pompuan akan lain macam...marah2, sedih atau emosi yg pepelik...rilex beb..tak de apa-2 tu... maybe time tu dia datang bulan..so,pepandai la ambil hati....ikut jer la apa dia cakap, gerenti bahagia...




as & the geng, kalau ada apa-2 nak tambah, silakan.....

teman nak tahu gak apa komen kome......?!
moga bahagia sokmo....

No comments:

Post a Comment